Sesawang Lelabah

Bahagian 1.
          

           Kehidupan yang kita semua akan lalui sebaik saja wanita yg bergelar ibu melahirkan kita setelah sembilan bulan beliau mengendOng perot demi merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu. Kita dilahirkan dengan cukop sempurna dan tatkala kita membesar kita umpama kain putih yang warnanya haruslah kita sendiri yang mencorakkannya.
       
          Perjalanan kita sebagai pengembara di alam ini penuh dengan dugaan, cabaran dan liku -liku hidup yang telah ditulis oleh Nya bagi memastikan kita saling kenal dengan alam ciptaan Nya ini. Kenal erti berdikari dan kenal dengan erti permasalahan kita di atas dunia ini.
           Aku tak terlepas dari semua itu. Mustahil bagi seorang hamba- Nya yang berani berkata, 'aku tak pernah gentar dengan ujian dari Nya'. Mungkin yang bergelar hilang akal atau tidak waras sahaja yg mampu berkata seperti itu. Manakala aku pula, hanya perlu menunggu dugaan yang seterusnya yang bakal diturunkan pada aku kelak.
            Dugaan yang diberikan pada aku cukup mematangkan aku sehinggkan aku tidak mahu lagi cuba untuk menoleh atau cuba meneutralkan kembali memori yang telah jauh menghanyutkan aku dari pentas sebenar kehidupan aku di dunia ini. Aku leka dengan hidangan hiburan yang sekaligus membawa aku ke arah kehancuran. Ayat-ayat suci al-Quran yang sepatutnya menjadi pendinding pada diri aku ditukarkan dengan tegukkan air haram. Manakala pil-pil khayal dijadikan sebagai santapan untuk aku terus kuat dan takbur bila berada di kalangan-kalangan ahli neraka yang lain.

           Matlamat aku sebagai seorang anak yang sebelum ini mengejar impian untuk menuju ke puncak menara gading sekaligus mengukir senyuman tua di wajah ibu yang melahirkan aku terus terpesong. Aku terus dihanyutkan dengan gelora yang dipenuhi kayu-kayu dosa, hiburan duniawi yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Aku terus lupa peranan aku sebagai seorang anak. Lupa akan peranan aku sebagai seorang pelajar dan sekaligus lupa yang aku hanyalah hamba-Nya yang cuma sementara di alam ini. Lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang islam dan terus lupa apa yang harus dilakukan sebaik sahaja Syahadah diucapkan.

           Tiba masanya aku diuji setelah sekian lama aku hanyut dan terus lupa akan peranan Nya sebagai Maha Pencipta. Keputusan peperiksaan bagi sem terakhir aku sudah pun siap dicetak dan aku terus bergegas ke Censelory bagi mendapatkan slip keputusan tersebut. 

No comments:

Post a Comment