Relakan Beliau Pergi
Al- Fatehah buat pak long aku Shariff bin Saad yang telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam di Sungai Layar pada 16 Januari 2011 yang lepas. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak lelaki di mana yang seorang dah pon berkahwin manakala yang seorang lagi masih lagi mencari-cari sinar cahaya seorang gadis untuk dijadikan isteri.
Pada aku arwah seorang yang cukup tenang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan jugak seorang ayah. Beliau juga seorang yang periang dan sering mengukirkan wajah riang pada sesiapa saja yang sudah lama mengenali beliau. Beliau juga merupakan abang sulung pada ayah aku dan wajahnya jugak saling tak tumpah seperti ayah aku. Pemergiannya cukup dirasai kerana beliau satu-satunya bapa saudara aku yang masih tinggal. Dan kini tanggallah kami dengan kenangan-kenangan beliau yang sentiasa segar dalam ingatan kami.
Beliau menanggung kesakitan hampir setahun dan pada masa yang sama beliau jugak terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat. Beliau seorang yang cukup tabah. Ini dapat dilihat ketika sebulan sebelum pemergiannya aku bersama keluarga aku telah pergi menziarahi beliau di rumah Mak Lang aku. Dalam kesakitan yang dialaminya, beliau masih boleh lagi bergurau dan langsung tidak kelihatan sakit di wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, mati adalah noktah terakhir bagi setiap yang bernafas di bumi Nya ini. Dan kita yang masih hidup perlu kenal siapa kita dan apa tanggungjawab yang kita sedang pikul sakarang. Begitu jugak dengan arwah pak long aku. Sebulan selepas itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beliau. Suasana sayu menyelubungi ruang tamu rumahnya. Segala kesenangan dan keindahan dunia telah pun hilang sekelip mata dan kita hanya perlu berdoa supaya setia yang pergi akan ditempatkan dikalangan- kalangan orang yang bertakhwa. Takziah buat nya.....
post by
.......xOul iskandar.......