Looking For Feringghi StOne

6 jam dari Sungai Petani ke Batu Feringghi. Percaya tak???
Haaaa....tue lah yg berlaku kat aku baru2 nie.

     Semuanyer angkara nk gi mancing nyer pasal. Elok2 cOmpany bagi cuti suruh rest kat
umah tapi tak nak. Nak jugak create program tuk ari tue. Alih2 terbuang masa kat jalan
sampai 6 jam.
     Aku, Areyie, Mat ngan Paksu dah plan awal2 pagi lagi nak gi mancing kat Batu Feringghi
dengan semangat yang berkobar2 lagi. Semua peralatan dah pun tersedia termasuk la bekalan
makanan untuk kami melantak kat sana nanti.
     Permulaan perjalanan yang cukup sempurna dari Sungai Petani sampai la di Tol Jambatan
Pulau Pinang. Pada masa yang sama baru aku tau, ader sebiji lagi keter yang tengah menunggu
kami kat Tol. Ja'eh ngan bapaknyer dok meninggu kami sampai di Tol dengan harapan
dapat la diaorg jOin kami mancing kat Batu Feringghi nanti. Dalam ati aku pulak menarik nafas
lega la pasal aku memang tak tahu langsung pasal jalan2 kat Penang nie. Dengan kehadiran diaorg
dapat la aku ikot belakang keter diaorg sampai ker Batu Feringgi nnt.
     Melepasi Jambatan Pulau Pinang, keadaan jalan cukup2 menyesakkan tapi dalam ati tetap tenang
cuz nawaitu cuma satu jerw. Aku nk mancing!! Bila dah sampai ke tengah pekan Penang tiba2 si Ja'eh
call aku then gitaw yang dye dah buntu cari jalan. Kononnyer dye dah lupa jalan nak ke Batu Feringghi.
Aku dah mula pecah peluh laa cuz ni first time aku drive masuk Penang. Tapi aku tetap teruskan
perjalanan semata2 nk teruskan niat nak pegi mancing kat Batu Feringghi.
     Dipendekkan citer, kami dah abiskan masa hampir 6 jam kat jalan tapi still tak sampai2 lagi
ke destinasi yang kami cari. Yang peliknyer sign bOard Batu Feringghi dah pOwn kami jumpa tapi still
lagi tak jumpa maner jalan yang betOl menghala ker Batu Feringghi. Panas dalam hati nie Tuhan jer
lah yang tahu. Tapi kami tetap dengan semangat yang satu. Perghh!!!
     Finally, kami putuskan dengan bertanyakan mamat cina yang ngah kusyuk menghembuskan asap rOkoknyer
sambil menunggu traffic light memberi isyarat hijau di depan. Trimas laa pada mamat tue cuz sggOp
menunjukkan jalan yang TEPAT menuju ker Batu Feringghi. Satu azab dah lepas bila jalan yang kami cari
dah pown kami jumpa. 
     Panas hati!!Bosan..!! Itulah yang dapat digambarkan camner keadaan kami bila jalan yang kami
dah jumpa tue tiba2 dilanda kesesakkan yang teramat sangat. Jenoh kami tunggu cek oii!! Bila dah bOsan
teramat sangat, masa tue jugak la aku snap 2,3 keping gamba sebagai bukti yang jalan Panang time
mmg cukOp2 SUCKS!! Kebetulan hari yang kami pegi tue jatOh pada hari yang sama masyarakat Cina menyambut
Chinese New Year. Paper pOwn kami bersyukur sangat cuz akihrnye  sampai jugak kami ker destinasi yang
kami cari.. Batu Feringghi...
Di bawah terhidang 3,4 keping gambar untuk tatapan korang..





 sempat lagi snap pic hanyer sebab jam jerw!!
 begini lah keadaan jalan yang sesakkk!!
                           

Kebunga

'Adik..esOk tOlong mama kemas2 pasu bunga kat depan tue yer..'
Kepala otak aku dah mula berserabut tatkala arahan diberi oleh seorang wanita
merangkap mamaku..
Melihat kawasan depan rumahku yang 70% nya dipenuhi dengan pOkok2 bunga yang sememangnyer
dah makin berserabut sejak mula ia terbiar dan begitu jugak la kOndisi dalam ati aku
masa tue. Nak tak nak aku terpaksa jugak la mengikut kehendak mama. Lagipun sape lagi
mama nk mintak tolOng kan kalau bukan aku.

Kalau selalunyer susah aku nk lepaskan bantal peluk aku time2 hari minggu mcm nie tp
ari nie terpaksa la aku membangunkan diri seawal yang mungkin pasal dah berjanji nk tOlong mama
kemas2 pOkok bunga kat depan umah nie. Nak cepat nyer pasal sampai tak sempat2 nak mandi. Kalau
semua nie berkenaan dengan keje yang aku minat takper. Tapi bab pOkok bunga nie yang
buatkan aku lemah sangat nie.

Tak banyak stOry yang aku nak publish kat sini tapi ader 2,3 keping gamba
yang sempat aku amik bagi memuatkan ruang blog kat sini.(walhal dah takder idea nk tulis..hehehe)

                                 semak gilerwww!!
                          si ayen yang sedang bertungkus
                           lumus menyemakkan lagi..

                          mama...ader jer yang nak ngubah





Relakan Beliau Pergi
              


             Al- Fatehah buat pak long aku Shariff bin Saad yang telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam di Sungai Layar pada 16 Januari 2011 yang lepas. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak lelaki di mana yang seorang dah pon berkahwin manakala yang seorang lagi masih lagi mencari-cari sinar cahaya seorang gadis untuk dijadikan isteri.
             Pada aku arwah seorang yang cukup tenang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan jugak seorang ayah. Beliau juga seorang yang periang dan sering mengukirkan wajah riang pada sesiapa saja yang sudah lama mengenali beliau. Beliau juga merupakan abang sulung pada ayah aku dan wajahnya jugak saling tak tumpah seperti ayah aku. Pemergiannya cukup dirasai kerana beliau satu-satunya bapa saudara aku yang masih tinggal. Dan kini tanggallah kami dengan kenangan-kenangan beliau yang sentiasa segar dalam ingatan kami.
              Beliau menanggung kesakitan hampir setahun dan pada masa yang sama beliau jugak terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat. Beliau seorang yang cukup tabah. Ini dapat dilihat ketika sebulan sebelum pemergiannya aku bersama keluarga aku telah pergi menziarahi beliau di rumah Mak Lang aku. Dalam kesakitan yang dialaminya, beliau masih boleh lagi bergurau dan langsung tidak kelihatan sakit di wajahnya.
             Seperti yang kita semua tahu, mati adalah noktah terakhir bagi setiap yang bernafas di bumi Nya ini. Dan kita yang masih hidup perlu kenal siapa kita dan apa tanggungjawab yang kita sedang pikul sakarang. Begitu jugak dengan arwah pak long aku. Sebulan selepas itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beliau. Suasana sayu menyelubungi ruang tamu rumahnya. Segala kesenangan dan keindahan dunia telah pun hilang sekelip mata dan kita hanya perlu berdoa supaya setia yang pergi akan ditempatkan dikalangan- kalangan orang yang bertakhwa. Takziah buat nya.....
                                                             post by                                                                                        
.......xOul iskandar.......
Sesawang Lelabah

Bahagian 1.
          

           Kehidupan yang kita semua akan lalui sebaik saja wanita yg bergelar ibu melahirkan kita setelah sembilan bulan beliau mengendOng perot demi merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu. Kita dilahirkan dengan cukop sempurna dan tatkala kita membesar kita umpama kain putih yang warnanya haruslah kita sendiri yang mencorakkannya.
       
          Perjalanan kita sebagai pengembara di alam ini penuh dengan dugaan, cabaran dan liku -liku hidup yang telah ditulis oleh Nya bagi memastikan kita saling kenal dengan alam ciptaan Nya ini. Kenal erti berdikari dan kenal dengan erti permasalahan kita di atas dunia ini.
           Aku tak terlepas dari semua itu. Mustahil bagi seorang hamba- Nya yang berani berkata, 'aku tak pernah gentar dengan ujian dari Nya'. Mungkin yang bergelar hilang akal atau tidak waras sahaja yg mampu berkata seperti itu. Manakala aku pula, hanya perlu menunggu dugaan yang seterusnya yang bakal diturunkan pada aku kelak.
            Dugaan yang diberikan pada aku cukup mematangkan aku sehinggkan aku tidak mahu lagi cuba untuk menoleh atau cuba meneutralkan kembali memori yang telah jauh menghanyutkan aku dari pentas sebenar kehidupan aku di dunia ini. Aku leka dengan hidangan hiburan yang sekaligus membawa aku ke arah kehancuran. Ayat-ayat suci al-Quran yang sepatutnya menjadi pendinding pada diri aku ditukarkan dengan tegukkan air haram. Manakala pil-pil khayal dijadikan sebagai santapan untuk aku terus kuat dan takbur bila berada di kalangan-kalangan ahli neraka yang lain.

           Matlamat aku sebagai seorang anak yang sebelum ini mengejar impian untuk menuju ke puncak menara gading sekaligus mengukir senyuman tua di wajah ibu yang melahirkan aku terus terpesong. Aku terus dihanyutkan dengan gelora yang dipenuhi kayu-kayu dosa, hiburan duniawi yang tidak pernah aku bayangkan sebelum ini. Aku terus lupa peranan aku sebagai seorang anak. Lupa akan peranan aku sebagai seorang pelajar dan sekaligus lupa yang aku hanyalah hamba-Nya yang cuma sementara di alam ini. Lupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang islam dan terus lupa apa yang harus dilakukan sebaik sahaja Syahadah diucapkan.

           Tiba masanya aku diuji setelah sekian lama aku hanyut dan terus lupa akan peranan Nya sebagai Maha Pencipta. Keputusan peperiksaan bagi sem terakhir aku sudah pun siap dicetak dan aku terus bergegas ke Censelory bagi mendapatkan slip keputusan tersebut.